Rabu, 18 Ogos 2010

Menghitung Raya

8 downs, 22 to go... ha mcm itulah aku mengira berapa hari sudah aku mengharungi ibadah puasa dan berapa hari lagi tuk beraya bersama keluarga tersayang. Dalam bab kira mengira ni memang ramai yang mempraktikkannya. Yalah... nnti klu x dikira silap2 'terpuasa' ketika hari raya. Tapi knalah berpada-pada klu mengira raya nih. Hah, yang ambik UPSR jgn lupa kira berapa hari lagi exam. PMR pun mcm tu. SPM dan STPM juga. Kita kena ambik tau semua tu. Aku bg analogi yg simple, makin dekat hari raya makin byk persediaan yg kita buat agar lebih hebat atau gah lagi. Haaa.. exam pun mcm tu jg, makin dekat kna la kita berabis mempersiapkan diri kita dgn ilmu yg sepatutnya. Jd x la goyah masa jawab soalan nnti. Selain setakat kira2 ni semua, kita juga dpt memantapkan ilmu tambah tolak yg memang kita gunakan dlm mnjawab soalan matematik. Hahahaha.... (gurau ja, idea mo abis). OK la itu ja yg aku mo sampaikan. Selamat mengharungi ibadah puasa dgn senyuman dan ibadah terawih dgn ketekunan. Renung2kan dan selamat beramal.

Proverb Kali Ini

"One good turn deserves another" (buat baik dibalas baik la jugak)



Khamis, 12 Ogos 2010

AHLAN YA RAMADHAN



Sepanjang bulan puasa ni, marilah kita berusaha mengempiskan perut, meningkatkan kesihatan melalui menu berbuka yg seswai. Bukan main bedal ja. Pas2 x p terawih. Cmna mo sehat. Alaaa.. bila lg mo beramal soleh. Coba la kita renungkan. Klu da malas sgt nak buat 20 rakaat, buat la stakat 8 atau yg mana termampu. Jd sebenarnya aku saja tulis menda nih. Remind diri sendri sebenarnya. Klu ada yg terasa tuh, bgus hati2, nnti batal. Mana boleh rasa2 taim puasa. Alaaa... sebenarnya korg sama ja cam aku. Kakakakaka...

Proverb Kali Ini

"No smoke without fire"
(Kalau teda angin mana mungkin pokok goyang2)



Jumaat, 30 Julai 2010

Memantapkan Ilmu..

Jeng jeng jeng... Mcm hebat ja tajuk. Bukan apa aku sgj buat mcm tu semata2 tuk bgtau aku tgh belajar mempelajari ilmu baru. Mau tau? x payahla.. nnti kamurg lebih hebat dr aku. Jd aku x mo share. Hahaha... Mengarut pula aku nih. Teda apa2 yg berlaku pd aku kebelakangan ini. Jd aku x tau mo share apa tuk korg suma.... Hantam sajalah...

Proverb kali ini

'2 heads are better than 1' (maksudnya kembar la tuh)



Isnin, 26 Julai 2010

ADEEIIII!!!!

Hahaha... apa lagi aku mo tulis nih. Kjp ahhh... OOOO. Ni td pagi lepas rehat skolah aku adakan klinik UPSR. Jd aku pun uruslah murid2 ni. Setting projektor la, angkat skrin la, whiteboard la, extension la, laptop la, mcm2 la. Kira agak busy jugak la. Ketiak pun selamba ja berpeluh walaupun aku pakai deodorant 'anti peluh' kononnya. mungkin sebab panas la juga. Ke hulu kelas ke hilir pejabat x henti2. Ada ja benda tertinggal. Bila sudah settle, aku pun rest la kejap sblm aku masuk kelas utk PnP. Fuhhh... masuk kelas kejap aku pun minta kerja rumah... WHAT!!!! blum siap. 3 org ja yg hantar. Gila. Kerja aku bg hari Jumaat lagi. Itu pun terjemah ayat BM ke BI. Aku pun jemurla dorg d tapak perhimpunan. Marah betul aku. Mcm biasa, aku ceramah duu. Biar dorg kepanasan mcm hati aku yg panas. Mmg bikin panas. Kemudian aku suruh dorg lari keliling tapak perhimpunan 3 kali. Lepas tu aku suruh dorg siapkan kerja rumah dan hantar tepat jm 12. Waktu tu jam 11.40. Tggl 20 minit. Aku igt dorg x boleh siapkan. Blum pun smpai jm 12, drg lari2 p bilik guru menghantar tu kerja. Hahaha... Mcm lucu pula. Mo kna marah br mo buat. Lju pula tu. Aku blum semak lg keja drg. Oh ya pasal klinik UPSR, klinik ini hingga hari khamis. 1 hari 1 subjek. Sengaja buat mcm tu. Susahkan diri setting benda2 tadi. Xpa lah. Setahun skali. Bukan selalu. Mcm best juga sibuk2 ni. Tp aku bukanlah superman..

Proverb kali ini

"Practice makes Perfect"





Khamis, 22 Julai 2010

Buat Pembetulan!!!

Hmmmph... itu saja yg aku dpt buat bila awal pagi murid suda buat masalah. Aku pun x tau mengapa perkara ini yg menjadi punca 'mood' ceria ku menjadi suram segerhana matahari penuh. Aku beri tugasan pd murid2 utk membuat kerja rumah (semalam) dan dihantar hari ini. Aku agak kerja itu bukanlah terlalu berat utk diorang buat. Jawapan semua sudah aku bagi. Aku cuma bagi arahan "buat pembetulan bagi setiap soalan yang salah sahaja sebanyak sekali". Itu dah kira bagus berbanding tugasan yang aku bagi sebelum ini. Bila ja aku suruh hantar hari ini, mengecewakan. Tidak sampai separuh yg menghantar. Mulalah aku menengok sorg2. Suma sibuk menyiapkan kerja rumah yg aku bagi. Aku pun dgn penuh kesabaran bertanya kenapa belum siap. Dengan selamba mereka berkata, kami lupa, sir. Pang... Marah aku meletus. Aku pun tnya lagi, ada klas tambahan ka kelmarin? Mereka pun berkata lagi, tiada, sir. Perggghhh... hebat sungguh. Aku tanya lagi, malam ada klas tambahan? Jawapan yang sama juga aku dengar. Tiada, sir. Gila!!!! Apalagi, aku pun terus berceramah dan memberi denda secara psikologi utk mendera mental diorg. "Saya mahu kamu buat pembetulan itu sebanyak 3 kali!!!" (aku x la menjerit, sja letak tnda seru spy nampak emosi). Jd aku pun tambah lagi kerja diorg menterjemah 10 ayat BM ke dalam BI. Hahaha... padan muka. Aku ingt smpai situ shj marah aku. Aku masuk lagi ke kelas lain utk mendidik anak bangsa. Aku pun minta diorg hantar kerja rumah. Sekali lagi, ketenangan aku terobek. Tidak sampai 1per3 yg menghantar. Ini suda lebih. Aku sudah x mau bertanya. Aku hny menundukkan muka menahan sabar. Aku perasan murid2 yg lain mula risau aku mengamuk. Iyalah sebelum ni aku pernah koyakkan kerja diorg depan muka diorg. Tp sebaliknya berlaku. Aku cuba berlagak ala2 mat cool... aku bagi kerja utk diorng siapkan sepanjang sesi pengajaran. Aku terus mendiamkan diri. Akhirnya aku sda x tahan. Aku melangkah pergi meninggalkan kelas... Jadi akukah yg bersalah?


Proverb kali ini:

' Look Before You Leap '

Fikir dulu sebelum ambil tindakan...




Rabu, 21 Julai 2010

Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang

Perghhh.. siapa boleh jangka benda ni berlaku.... Klu tgk tajuk ja mcm lagu jiwang leleh. Rupanya betul sangkaan aku. Panasnya memang sampai ke petang. X sangka pula. Patutla seharian pakaian aku kuyup kena peluh akibat perpeluhan. Nasib baik 2 3 hari ni aku x pakai tali leher mengenangkan kerimasan yg bakal aku lalui selama 1 jam bg setiap kelas yg tidak berkipas dan bau stokin yg iras2 bau hingus bertakung 3 bulan (cuba bygkan). Adeeeiiihhh... lemas! Haha. Dan panas tu memang sampai petang sbb malam barula hujan turun dgn lebatnya. heeee...

* klu konpius baca karangan ni, aku pun konpius jg. Sama2 la kita konpius.

Proverb kali ini....
"Hide the rode, spoil the kids" (lebih kurangla)

Khamis, 1 April 2010

Siti 'American Idol"




Mungkin ada yg sudah perasan muka minah ni hmpir serupa muka Siti yg kita kenal. Aku pun mula2 xla perasan sgt muka minah ni. Tp housemate aku c apu yg bgtau muka dia ni iras2 muka siti. punyala lama aku tengok, akhirnya aku dpt kesan persamaannya. Bila dia senyum. Klu x percaya suka ati korang la. Aku peduli apa. Tp x sangka muka siti pun bole muncul dlm american idol. Kira komersil jugak la muka dia nih. Hahahaha.... Bangga aku jd rakyat Malaysia. Jd aku harap minah ni akan bw lagu cindai dlm pertandingan american idol. Cuba korang bygkan minah ni pakai baju tradisional melayu pas2 dia joget nyanyi lagu cindai... mesti besttt. Tukang kritik pun mesti cakap I love Malaysian's song. Great. Ehhh... terlebih pula khayalan aku nih. OK la smpai sini saja. Ada masa aku post blog yg lain lagi. Tadaaa...
Nama minah ni Katie Stevens...