Sabtu, 16 Januari 2010
Arggghhh.... Sorrriiiii....
Haii... Lama aku x post blog ni. Maklumla spnjang cuti skolah aritu aku mmg x online. Apatah lagi d kg ku yg memang teda internet connection. Barula ari ni aku dpt post blog. Itupun aku teda crita mo buat just mo ckap 19.01 ni aku ada interview spp. Fuh setahun menunggu brula masanya tiba. Harp2 aku lulus la. Yakin Boleh.
Selasa, 27 Oktober 2009
Rumahku Diserang!!!
Khamis, 22 Oktober 2009
Rumah Terbuka Orang Bujang...
19hb Okt 2009, rumah bujang kediamanku telah mengadakan rumah terbuka untuk suma cikgu2 dan AKS SK Karakit Banggi. Fuhh kelam kabut dibuatnya. Balik skolah ja trus masuk dapur memasak. Nak tau aku masak apa? Hehehe... aku masak kuah kacang ja. Tapi rasa boleh tahan la. Sebenarnya kacang tu aku goreng x lama. Jadi kacang tu macam x berapa masak la. Shhh... jangan bgtau org lain tau. Yg bestnya setelah semua tetamu makan, makanan pula x habis. Jd kami pun dgn ikhlasnya menjemput pelajar asrama untuk bertugas menghabiskan makanan yg ada. Bukan sisa2 makanan tau. Apakan daya, makanan tu pun x juga abis. Grrrr.... penat ja memasak. Tapi x mengapalah, ini first time rumah org bujang buat open house ni. Blum tau bajet makanan. Nak tau apa makan kitorang time tu? Mmmm... mee kari berkuahkan kari ayam+udang+fishcake, nasi impt+kuah kacang, agar2 sebnyk 3 jenis, salad buah yng sedap, air sunquick yg sejuk. Jgn jeles. Ada khabar angin mengatakan open house kitorg ni lebih meriah berbanding sambutan raya peringkat sekolah. Hahahaha bangganya aku...
Psssttt... majlis ni adalah gabungan aku, awang, dahlan dan rumah sebelah; jaimy, yati, misah, tia... Kredit untuk suma.
Sabtu, 17 Oktober 2009
Jumaat, 11 September 2009
Arrghhh!!! Bosan!!!!
Ingatkan lepas UPSR berakhir ni, bolehla aku rileks kejap... Rupa2nya aku mengalami kebosanan yang amat menakutkan... Mau ja rasanya aku membuat perkara2 pelik untuk menghilangkan bosan ini. Tapi takut juga, manala tau patah tulang... gerunnn... By de weh (by the way)... memandangkan ari ni ari jumaat, aku cadang nak p kk makan angin. maklumla.. makan angin ni x la membatalkan puasa. Ingat nak tukar duit lama kepada duit baru. Yelah x lama lg cuti. Nak bagi duit raya ngan murid2 yg aku ajar. Saja la nak menunjuk yg aku ni takla kedekut sangat. Kira pancing budak2 ja ni spy dorg bg aku kad raya. hehehehe... Emmmm... apa lg ek aku nak ckp ni... kejap ya.... mmmmm..... aku rasa smpai sini saja dulu... lepas cuti sambung lg... tu pun klu aku punya masa yang terluang... OK la, daaaaa.....
Khamis, 10 September 2009
MengHitung Hari....

Khamis... Jumaat... Sabtu... Ahad... Isnin... Selasa....... 5 hari lagi untuk balik kampung. X sabar rasanya balik rumah. Berbuka ngan family, bersahur pun ngan family... bestnyeee... mesti korang pun teringin buat benda yang sama... Syukurlah d negeri Sabah ni ada hari jadi TYT pd 16 sept. So kitorang sambunglah sampai raya. Lagipun kitorang dah ganti sekolah.. Jadi x perlu risau mengganti.. macam ganti puasa.. hahaha... oh ya, hari ni pun murid dejah 6 dah abis upsr. kira hepi la dorg tu suma. Dpt cuti sampai abis raya... 27 hb kot abis cuti. Lama juga tu... 2 minggu. Yelah p skolah pun x tau nak buat apa... duk termenung ja. baik bagi rehat. Sebab buka skolah nnti byk program tuk dorg suma ni. Seperti berkebun, membina rumah, taman rekreasi dan banyak lagi yang tidak tercapai akalmu. Jgn ingt skolah aku ni skolah yg biasa.... yeah... itu yg aku mksudkan. kakakaka... Untuk tempoh 5 hari ni, teringin rasanya membeli mercun tuk melepaskan geram kat kg nnti. Dah lama x main mercun sejak ia diharamkan oleh Gamen. Sabooo aja la. klu ada bunga api mcm smbutan kemerdekaan tu mo jugak aku beli (klu murah) terang benderang sikit kg aku. percikan api pelbagai warna. huhuhua... Tapi biarlah org2 yng sudah berpengalaman yg main. kanak2 x payhlaa.. klu apa2 berlaku nyusahkan ibubapa.. org tua takpala.. mcm org tua kat sebelah tu... dah profesional sgt... jd nasihat aku xyahla beli mercun bg kanak2. ckupla org tua2 jak yg beli. Renung2kan dan selamat beramal..
Isnin, 7 September 2009
UPSR Melanda!!!!

Wow!!!! lama x update blog siuuuut... biasalah... hujung2 tahun ni banyak kerja la. Ngam pula musim puasa ni... letih. Broadband pulak buat hal. Boleh surf dalam stgh minit jak. Lepas tu dia automatik disconnect dan ckp dia x bole recognize aku pny broadband.. Geram beb... dahla aku byr bil bulan2. Duk pulau pula tu. Coba korang bayangkan... bayangkan laaaa... bayangkan.... Mesti tensi kan???? Jadi arini aku guna lab komputer skolah... biasalah time ni aku byk bagi motivasi ngan budak2 drjah 6. Esok nak UPSR.. risau juga aku.. manalah tau aku ajar yg bukan2 ka... menyimpang ka... Tapi aku harap murid2 aku ni boleh la menjawab dengan yakin dan tenang. Untuk mentee aku, good luck.. (Abdussu-Ar, Basir dan Adzmir).. Untuk kawan2 selamat berpuasa dan jangan coba2 ponteng puasa.. hahaha... Di kesempatan ini juga aku ingin memohon maaf yang cukup maafnya untuk sesiapa yang pernah berdendam ngan aku... menyumpah2 aku... aku dah maafkan salah korang... lepas raya kita cari salah lagi. Hehehe.. gurau jak.. Tapi hati manusia siapa yang tahu kan.. Fikir2 kan dan selamat beramal...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Langgan:
Catatan (Atom)