Selasa, 24 Ogos 2010

Karangan Oh Karangan

Soalan:

Kamu dan ibu kamu pergi ke pasar dan terlibat dalam satu kemalangan. Ceritakan pengalaman kamu.


Jawapan:

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.

Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.

Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


*karangan ni aku jumpa dr internet jg. Saja kongsi. Hahahaha..



Jumaat, 20 Ogos 2010

Tenangkan Jiwa

Menteri Melawat Rumah Sakit Jiwa

Seorang menteri terhormat mengunjungi sebuah rumah sakit jiwa.
"Bagaimana keadaan kamu?" menteri tersebut bertanya pada pesakit. "Senangkah kamu semua dengan segala apa yang ada disini?"
"Senang tuan!" para pesakit itu bersorak serentak.
"Apakah kelakuan kamu baik disini?"

"Baik tuan," ujar seorang pesakit. "Kerana kami berkelakuan baik, pengarah rumah sakit ini membina sebuah kolam renang untuk kami, lengkap dengan papan anjal. Secara bergiliran kami diizinkan menggunakan papan anjal itu. Kalau kelakuan kami semakin baik, pengarah berjanji akan mengisi kolam renang itu dengan air bulan depan...."


Rasa Nak Muntah

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"

Si nenek menjawab,"Biar muntahnya lebih cepat."



Rabu, 18 Ogos 2010

Fuhhh... Lepas...

Setiap perbuatan pasti ada balasan yang setimpal. X kirala bayaran itu on the spot atau kena pada generasi yang akan datang. Kita x tahu semua itu. Jadi kalau kita bertindak melulu tanpa fikir sedalamnya, lebih baik renungkanlah dahulu. Lagipun bukan rugi jika bertindak melalui batas2 rasionaliti yang kita ada. Kalau baik pada andaian kita, belum pasti lagi andaian orang lain. Lagipun hati manusia, bukannya kita tahu. Jadi labih baikla kita berhati2. Bak kata pepatah cakap siang pandang2, cakap malam dengar2.



Menghitung Raya

8 downs, 22 to go... ha mcm itulah aku mengira berapa hari sudah aku mengharungi ibadah puasa dan berapa hari lagi tuk beraya bersama keluarga tersayang. Dalam bab kira mengira ni memang ramai yang mempraktikkannya. Yalah... nnti klu x dikira silap2 'terpuasa' ketika hari raya. Tapi knalah berpada-pada klu mengira raya nih. Hah, yang ambik UPSR jgn lupa kira berapa hari lagi exam. PMR pun mcm tu. SPM dan STPM juga. Kita kena ambik tau semua tu. Aku bg analogi yg simple, makin dekat hari raya makin byk persediaan yg kita buat agar lebih hebat atau gah lagi. Haaa.. exam pun mcm tu jg, makin dekat kna la kita berabis mempersiapkan diri kita dgn ilmu yg sepatutnya. Jd x la goyah masa jawab soalan nnti. Selain setakat kira2 ni semua, kita juga dpt memantapkan ilmu tambah tolak yg memang kita gunakan dlm mnjawab soalan matematik. Hahahaha.... (gurau ja, idea mo abis). OK la itu ja yg aku mo sampaikan. Selamat mengharungi ibadah puasa dgn senyuman dan ibadah terawih dgn ketekunan. Renung2kan dan selamat beramal.

Proverb Kali Ini

"One good turn deserves another" (buat baik dibalas baik la jugak)



Khamis, 12 Ogos 2010

AHLAN YA RAMADHAN



Sepanjang bulan puasa ni, marilah kita berusaha mengempiskan perut, meningkatkan kesihatan melalui menu berbuka yg seswai. Bukan main bedal ja. Pas2 x p terawih. Cmna mo sehat. Alaaa.. bila lg mo beramal soleh. Coba la kita renungkan. Klu da malas sgt nak buat 20 rakaat, buat la stakat 8 atau yg mana termampu. Jd sebenarnya aku saja tulis menda nih. Remind diri sendri sebenarnya. Klu ada yg terasa tuh, bgus hati2, nnti batal. Mana boleh rasa2 taim puasa. Alaaa... sebenarnya korg sama ja cam aku. Kakakakaka...

Proverb Kali Ini

"No smoke without fire"
(Kalau teda angin mana mungkin pokok goyang2)