Selasa, 27 Oktober 2009

Rumahku Diserang!!!

Wahahahaha... rumah aku telah diserbu oleh budak2 lelaki asrama sekolah. Tumpang tido. Kesian juga aku kat dorang ni. Mcm kehilangan tempat tinggal. Mmmm... begini critanya, jumaat lepas, warden dorang ni p ke kudat selama 2 hari, so PPM sekolah la yang terpaksa menjadi warden ganti menjaga kanak2 ni. So aku tanya la, dia tido kat asrama ke x. Dia kata dia bawak kanak2 tu tido rumah dia. Ooooo.... x bole jadi ni. Kesian la pula kat PPM ni. Yelah aku tau sangat keluasan rumah tu. Mcm luas rumah aku juga. Bygkan murid lelaki + pompuan. Uihhh... ramai tu. Jadi dengan ikhsan dan budi bahasa yang masih tersisa ni, aku pun suggest ngan housemate aku tuk volunteer ajak budak lelaki ni tido kat rumah kitorang. And guest what, hosmet aku pun setuju. Siap sapu rumah lagi. Respek gila aku ngan dia ni. So budak2 tu pun datang la ke rumah dengan bantal mereka. Tugas aku time ni pastikan dorg tido awal. Maklumla mcm kat asrama. Hosmet aku pula tugasnya mengejutkan budak seawal jam 5 pagi. Yela nak sembahyg subuh. Kena la bangun awal. Aku pula time tu.... x nak crita la... Heeee... So itula kesahnya camna rumah aku kena serbu. Tapi mcm best pula, meriah gilak aku cakap kat korg... Jd try la jemput budak asram tido kat rumah korg. Bababababababaiiii....

Khamis, 22 Oktober 2009

Rumah Terbuka Orang Bujang...





19hb Okt 2009, rumah bujang kediamanku telah mengadakan rumah terbuka untuk suma cikgu2 dan AKS SK Karakit Banggi. Fuhh kelam kabut dibuatnya. Balik skolah ja trus masuk dapur memasak. Nak tau aku masak apa? Hehehe... aku masak kuah kacang ja. Tapi rasa boleh tahan la. Sebenarnya kacang tu aku goreng x lama. Jadi kacang tu macam x berapa masak la. Shhh... jangan bgtau org lain tau. Yg bestnya setelah semua tetamu makan, makanan pula x habis. Jd kami pun dgn ikhlasnya menjemput pelajar asrama untuk bertugas menghabiskan makanan yg ada. Bukan sisa2 makanan tau. Apakan daya, makanan tu pun x juga abis. Grrrr.... penat ja memasak. Tapi x mengapalah, ini first time rumah org bujang buat open house ni. Blum tau bajet makanan. Nak tau apa makan kitorang time tu? Mmmm... mee kari berkuahkan kari ayam+udang+fishcake, nasi impt+kuah kacang, agar2 sebnyk 3 jenis, salad buah yng sedap, air sunquick yg sejuk. Jgn jeles. Ada khabar angin mengatakan open house kitorg ni lebih meriah berbanding sambutan raya peringkat sekolah. Hahahaha bangganya aku...
Psssttt... majlis ni adalah gabungan aku, awang, dahlan dan rumah sebelah; jaimy, yati, misah, tia... Kredit untuk suma.

Jumaat, 11 September 2009

Arrghhh!!! Bosan!!!!


Ingatkan lepas UPSR berakhir ni, bolehla aku rileks kejap... Rupa2nya aku mengalami kebosanan yang amat menakutkan... Mau ja rasanya aku membuat perkara2 pelik untuk menghilangkan bosan ini. Tapi takut juga, manala tau patah tulang... gerunnn... By de weh (by the way)... memandangkan ari ni ari jumaat, aku cadang nak p kk makan angin. maklumla.. makan angin ni x la membatalkan puasa. Ingat nak tukar duit lama kepada duit baru. Yelah x lama lg cuti. Nak bagi duit raya ngan murid2 yg aku ajar. Saja la nak menunjuk yg aku ni takla kedekut sangat. Kira pancing budak2 ja ni spy dorg bg aku kad raya. hehehehe... Emmmm... apa lg ek aku nak ckp ni... kejap ya.... mmmmm..... aku rasa smpai sini saja dulu... lepas cuti sambung lg... tu pun klu aku punya masa yang terluang... OK la, daaaaa.....

Khamis, 10 September 2009

MengHitung Hari....


Khamis... Jumaat... Sabtu... Ahad... Isnin... Selasa....... 5 hari lagi untuk balik kampung. X sabar rasanya balik rumah. Berbuka ngan family, bersahur pun ngan family... bestnyeee... mesti korang pun teringin buat benda yang sama... Syukurlah d negeri Sabah ni ada hari jadi TYT pd 16 sept. So kitorang sambunglah sampai raya. Lagipun kitorang dah ganti sekolah.. Jadi x perlu risau mengganti.. macam ganti puasa.. hahaha... oh ya, hari ni pun murid dejah 6 dah abis upsr. kira hepi la dorg tu suma. Dpt cuti sampai abis raya... 27 hb kot abis cuti. Lama juga tu... 2 minggu. Yelah p skolah pun x tau nak buat apa... duk termenung ja. baik bagi rehat. Sebab buka skolah nnti byk program tuk dorg suma ni. Seperti berkebun, membina rumah, taman rekreasi dan banyak lagi yang tidak tercapai akalmu. Jgn ingt skolah aku ni skolah yg biasa.... yeah... itu yg aku mksudkan. kakakaka... Untuk tempoh 5 hari ni, teringin rasanya membeli mercun tuk melepaskan geram kat kg nnti. Dah lama x main mercun sejak ia diharamkan oleh Gamen. Sabooo aja la. klu ada bunga api mcm smbutan kemerdekaan tu mo jugak aku beli (klu murah) terang benderang sikit kg aku. percikan api pelbagai warna. huhuhua... Tapi biarlah org2 yng sudah berpengalaman yg main. kanak2 x payhlaa.. klu apa2 berlaku nyusahkan ibubapa.. org tua takpala.. mcm org tua kat sebelah tu... dah profesional sgt... jd nasihat aku xyahla beli mercun bg kanak2. ckupla org tua2 jak yg beli. Renung2kan dan selamat beramal..

Isnin, 7 September 2009

UPSR Melanda!!!!


Wow!!!! lama x update blog siuuuut... biasalah... hujung2 tahun ni banyak kerja la. Ngam pula musim puasa ni... letih. Broadband pulak buat hal. Boleh surf dalam stgh minit jak. Lepas tu dia automatik disconnect dan ckp dia x bole recognize aku pny broadband.. Geram beb... dahla aku byr bil bulan2. Duk pulau pula tu. Coba korang bayangkan... bayangkan laaaa... bayangkan.... Mesti tensi kan???? Jadi arini aku guna lab komputer skolah... biasalah time ni aku byk bagi motivasi ngan budak2 drjah 6. Esok nak UPSR.. risau juga aku.. manalah tau aku ajar yg bukan2 ka... menyimpang ka... Tapi aku harap murid2 aku ni boleh la menjawab dengan yakin dan tenang. Untuk mentee aku, good luck.. (Abdussu-Ar, Basir dan Adzmir).. Untuk kawan2 selamat berpuasa dan jangan coba2 ponteng puasa.. hahaha... Di kesempatan ini juga aku ingin memohon maaf yang cukup maafnya untuk sesiapa yang pernah berdendam ngan aku... menyumpah2 aku... aku dah maafkan salah korang... lepas raya kita cari salah lagi. Hehehe.. gurau jak.. Tapi hati manusia siapa yang tahu kan.. Fikir2 kan dan selamat beramal...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selasa, 30 Jun 2009

WOW!!! Konvo La Pulok...

Tadaaa!!!! Musim konvo la... Ni la antara barisan2 penerima Diploma Perguruan. Yg depan tu penerima anugerah Ketua Unit yg paling sempoi. Kakakaka... jgn marah bos... Sebenarnya ada lg yg lain tapi dorg suma sibuk berfotografi siti situ sana sini. Jd wajah2 ceria ni jak la yg sudi bergambar menghias kamera nikon aku. Kalau mo tau juga ni la barisan2 ahli KPLI-Mt 08. Walaupun suma sibuk ngan tugas (kecuali aku sbb d pulau x la sibuk sgt) Nak jg dorg dtg konvo. Kira reunion la. Sbb lps ni x tau lg bila boleh jumpa. Yelah semua posting jauh2. lainla klu suma kna d pulau banggi. Huahuahua... Sedih la pulak... Heeeeee... apa2 hal my pren, teruskan hidup dengan ceria ala2 Nurisah dan tenang ala2 Unkol. Chiowww....

Semoga Bahagia




Jelita sungguh kawan2 aku ni. Tahniah la aku ucapkan kepada rakan2 yg telah selamat mendirikan rumah tangga yang teguh tapaknya... majlis diorg ni berlangsung pada 30 dan 31 mei aritu tp br arini di hebohkan.. kakakaka.. just kidding. congrats to Ani (atas) dan Ana (bawah). Kepada Etak yg d tawau aku ucapkan tahniah jg la. sori x dpt pegi.. jauh la. Oh ya selain member KPLI Mt 08, ada jugak la member sekolah aku yang nak jugak kawen.. Tahniah kpd Amisah dan Jue (cikgu sekolah jiran aku) telah kawen time cuti skolah ari tu. Berseri2 muka. Biasalah sudah berpunya. Oh ya kpd mamat Dahlan, tahniah sbb suda bertunang (time cuti skolah jugak) dan Cik Azurah (AKS skolah) yg bertunang 27 jun baru2 ni. Tahniah.... bestnya diorang. Jd aku??????? Tunggu jak laaaa....





Khamis, 28 Mei 2009

Piknik Lagi!!! Air Terjun Sinambung

Yeh yeh!!! Sekian lama x p berpiknik, akhirnya terubat jua derita di hati... huahuahua... Tp perjalanan kali ni pun dibuat berdasarkan kpd kekangan yg berlaku iaitu midterm exam pd hari sabtu. Jadi aku x dpt kluar ke Kota Kinabalu (maklumla setiap jumaat petang aku akan balik kg dan masuk semula hari ahad) so terpaksalah plan pergi membuang kebosanan d jiwa. Air Terjun Sinambung menjadi sasaran. Meriah juga rombongan kali ni. 14 orang berbekalkan 'wings' yang hendak d bakar, puding jagung, kuih koci, mee goreng, keropok, sirap.... slrrppp!!! meleleh air liur + hingus skali... wakakakaka.... But seronok itu blum muncul selagi blum tiba d destinasi... perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 1 jam menaiki lori. Adehhh!!! Skali lori tu masuk lubang daaa... kna la tolak lori secara bersatu teguh bercerai roboh... Lepas tu kna meredah hutan untuk sampai ke destinasi, (kira dah separuh dah perjalanan tuh). Lpas redah hutan kna menyusuri laluan air terjun yg x kurang hebat jg jauhnya(30 min). Dah la batu licin sempat pula aku tertonggeng jatuh... Malunya... Nasib badan la katakan. Tapi x mangalami luka2 yang berat.. huhu... Akhirnya sampai juga... so apalagi mandila... kemudian bakar ayam, makan mee dsb. Best!!! yg x bestnya part mo balik p skolah... faham2 ja la halangan yg perlu d hadapi... Oklah smpai cni jak la.. Oh ya, aku p air terjun ni pada 24.05.2009. Tatata...

Jumaat, 24 April 2009

Lama Menyepi


Yo... Apa khabar rakan2 ku semua? Sorila lama x update blog aku ni.. hehe... Busy gila la kwn. Lagipun d sini (pulau banggi) susa mo surf internet. Line x clear walaupun guna broadband. Jadi aku harap korang jgn la marah ngan aku. Al-maklumlah komitmen aku makin meninggi terhadap murid2 skrg. Biasalah ajar BI darjah 6.. UPSR. Bedal ja apa yang aku tau. Kelentong sket2. Bukan dorang tau pun.. huhuhu. Rakan2, jgn tiru aku pny style ok. Ngajar la dgn penuh etika dan berwawasan. Ok la cukup la dulu aku menaip ni. Kjp lagi mo smbg kerja, tp mcm malas ja rasanya. Bubbye...

Jumaat, 30 Januari 2009

Berkelah di Pulau Patanunan.


Sepa cakap ngajar kat pulau x bole hapy? hehehe. Ari tu aku ngan geng skolah aku p berenang2 d pulau Patanunan. Jauhnya kira2 10 minit dari pulau Banggi. Tu pun naik bot kecil ja. So far pulau tu memang bersih n cantik. Sedap mata memandang. Rugi rasanya kalau x pergi. Airnya yang jernih... Fuhhh... menggoda jiwa. chewahh. Kami berenang2 kira2 dalam 2 jam juga la. siap makan makanan ringan lagi d sana. Memang best. X caya? Tryla.

Khamis, 15 Januari 2009

SK Karakit Banggi, Kudat

Wow!!! akhirnya aku tau d mana skolah ku. SK Karakit Banggi, Kudat. Mo tau d mana skolah ni? Skolah ni d kawasan pulau. So kira pedalaman la. Ada juga elaun tambahan. Skolah aku ni kategori P1 ja. Jadi dapatla RM500. Hehehe... Walaupun pedalaman, ada jg elektrik biarpun dari jm 6ptg sampai 6pg. Ada juga air walaupun air hujan. Jarak skolah aku dari jeti banggi mcm jarak dari asrama alamanda ke pentadbiran (IP Tawau laaa...). Dekat ja. 10 minit lebih kurang. Line telefon suma clear. Bole guna broadband lg. Tapi GPRS ja la. hehehe. Nak tau aku ajar apa d skolah ni? Perghh siapa sangka major matematik d IPT kena suh ajar BI tahap 2. Dugaan...dugaan... Errr... Dah la... Sampai sini jak dulu... Nnti aku smbung balik citer. Gambar2 takda la. Leceh... Babai.

Rabu, 7 Januari 2009

Taklimat 'Posting'

Hehehe.. hari ni aku kena pegi Airpot View Hotel, Kota Kinabalu. Sebabnya ari ni ada taklimat pasal penempatan aku. Ramai sungguh rakan-rakan KPLI2008 berkumpul. Mereka yang terlibat ni semuanya mendapat penempatan di bahagian KK, KMarudu, KBelud dan Beaufort. Rasanya seribu lebih orang termasuk aku. Aku pula dapat di KMarudu, tapi x taula daerah mana. KMarudu ka... Pitas ka... Kudat ka... Pulau Bangi ka... Hmmm... Lantaklah... Tapi yang bestnya dapat nginap di hotel ni satu malam. Ada dinner, breakfast pun ada. mungkin saja mau memanjakan bakal2 guru ni. Manala tau nanti dapat d ceruk pedalaman. Hehehe... Apa-apapun hidup kna diteruskan. Klu blog ni lmbat gila updatenya, maknanya aku dpt d kwasan yang terpencil la. Means.... (Lu pikirla sindri...) sorila teda gambar. malas mo upload.

Ahad, 4 Januari 2009

Lagu Doraemon


Pada suatu hari
Nobita sedang belajar
Datang seekor kucing
Berwarna biru muda

Matanya bulat-bulat
Suka makan dorayaki
Datang seekor tikus
Ia pun melompat

Nobita ketawa
Lalu bertanya
"Ai, kau takut tikus kaaa?"

Ang ang ang
Kucing itu bernama
Doraemon...

Khamis, 1 Januari 2009

Hmmm...


Anyway aku just nak inform kat sapa2 yg terbaca blog aku nih.. selamat menyambut tahun 2009. So, apa plan korang tahun baru nih? aku teda apa2 plan pun. Hanya tunggu panggilan taklimat untuk penempatan nanti. Entahlah, di mana la agaknya aku mengajar ni. Apa2 pun, hidup mesti enjoy. Tidak perlu stress melampau. Lagipun apa yang mo dirisaukan sangat? Yang gambar korang tengok tu antara bakal2 cikgu juga tu. Dorang pun sama cam aku juga. Tunggu panggilan untuk posting. Good luck geng!!! Jangan panik ah kalau kena pedalaman. Hahahahaha... Waaaaa!!!! Manala aku mo posting ni!!!!