Rabu, 24 Ogos 2011

CRK Dibekukan... Adesss...

23 Ogos 2011, kitorang warga guru ada meting. Banyakla hal2 yang menarik dibincangkan. Antaranya camna mo tingkatkan prestasi memurid di skolah aku. Memacamla isu n cdgan yg timbul. Tapi xla sampai baling2 kerusi. Huih... Tu diaaa... Part yang aku rasa paling x best time GB aku kata dgn selamba hari jumaat ni semua CRK dibekukan. Jadi semua guru2 kna berada di skolah... Part tu aku ok ja. Then dia sambung lagi, mmmm... cuti pertama lepas cuti skolah semua guru tahun 6 tidak dibenarkan ambik CRK. Alohai... Kna ajar murid tahun 6 habis-habisan... Sebagai guru yang patuh dan dedikasi, kitorang pun menurut perintah. Jd raya tahun ni hanya sekejap sahaja. Raya ke-6 aku dah mula masuk ke tempat ngajar.. So, aku hanya sempat beraya hanya tuk 5 hari... Neway, esok hari last ngajar... X sabar nak berebut2 naik feri time petang. Berebut2 ngan warga kampung. Standard la... Time guru2 nak balik kg, time2 ni la dorang nak kluar juga nak shopping. Konfom sendat lagi la feri kali ni. Huhu.. Kepada kawan2, klu kg korang tu dekat, baik balik kg. Aku skg ni pun tgh layan lagu raya sambil melelehkan air mata kerinduan. Layan lagu Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda. Memang syahdu...



Selasa, 23 Ogos 2011

KA

CAU!!! hahaha... saja aku buat tajuk macam tu... Bukan apa, taim2 mo cuti skolah ni macam best ja aku kenakan murid2 aku buat 1 ayat yang mudah tapi macam hampeh ja bunyinya. Bukan main lagi dorang hantar ayat dorang yang dorang pikir setengah hidup dan dengan selamba ja aku cakap SALAH... Kesian pula aku ngan budak2 ni. Tertekan tapi mcm best... Asal ja aku cakap salah pasti mereka jerit ARGHHHH!!! tanda protes. Huhu... Biasalah taim2 dekat cuti ni mood cikgu tu berkurang jadi mood perantau yang mo balik kg. Barang hantaran pun belum beli lagi... Oppss.. barang persiapan raya belum beli lagi sebenarnya. Maklumlah tengah kaya raya ni. Gaji + Bonus. Bolehla. TQVM aku ucapkan ngan majikan. Kepada kawan2, sambut raya ni, puasa penuh ke?



Jumaat, 5 Ogos 2011

Lama Sudah....

Salam Ramadhan semua yang beragama Islam dan salam 1 Malaysia buat semua rakyat Malaysia. Harap2 semuanya sihat montel2 belaka. Sorilah sebab lama x post d blog aku nih walaupun aku tau x ramai yang berminat nak baca. Hahaha... Sebenarnya aku dah lama x punya idea yang bernas lagi mantap yang boleh aku kongsikan ngan korang semua. Neway, aku mo ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh tawadhu' dan penuh rasa sabar yang memantapkan lagi iman di nurani kita.. Jgan kita biarkan puasa kita menjadi sesia kerana kealpaan yang kita lakukan. Biarlah segala kelaparan dan kedahagaan kita berbaloi untuk memasuki SYURGA yang sememangnya menjadi hak kita. Sama2 lah kita mengharungi kewajipan ini ini dengan ikhlas... Sehingga kita bertemu lagi di lain masa... Insya-Allah...


Ni wajah budak fevret aku. Skg ni dia suda masuk SMK... huhu...