Isnin, 20 September 2010

Semoga Berjaya (Murid-muridku)

Sebelum terlanjur kata, Selamat Hari Raya pembuka bicara, Maafkan dosa yang tercela, agar kita tetap bersaudara... Hehehe... Lama x post blog ni. Maklumla masa raya ni aku d kg. Jadi x bole online. Br ari ni (20.09.2010) ada kesempatan. Esok bermulalah UPSR buat murid2 tahun 6 2010. Sudahkah bersedia? Harap2 dapat la mengaplikasikan segala ilmu yg telah dicurahkan oleh guru2. Jgn dibiarkan ilmu itu menjadi sia-sia. Pastikan semuanya lengkap. Ingat! Alat tulis yg baru tidak akan membantu menjawab soalan.Hanya ilmu yg sentiasa dikemaskini yg akan membantu. Hanya diri sendiri yg akan menentukan hala tuju sendiri. Guru2 hanya mampu memberi petunjuk, bayangan, cadangan.... sendiri yang pilih. Jgn kecewakan mereka yg mengharapkan kejayaan kamu semua. Hanya doa yang dapat dilakukan masa ini. Jd wahai murid2 ku, pilihlah hala tuju kamu semua... Aku hny mampu melihat kamu dari bilik guru semasa UPSR nanti. Aku berdoa agar kamu dapat menjawab soalan dengan hati yg tenang (bukan bermaksud tidur). Ingat pesanan yng sentiasa aku ungkapkan ketika di kelas, "Kita mulakan dengan..... Bismillahirrahmanirrahim..."

Semoga Berjaya Semua. All The Best.

Tiada guru mengharapkan kegagalan dari anak didiknya...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan